Harga Mounting Enjin Myvi / Alza / Axia / Bezza – Senarai Harga Mounting Enjin Tahun 2024

Pakar Perkidmatan Bekal & Pasang Mounting Enjin Perodua Di Kuala Lumpur
Harga Berpatutan.Mekenik Berkaliber.Mounting
Ori Perodua.Schmaco.Denco
Harga Kita Bukan
Paling Murah.
Tapi Harga
Siap-pasang Kita
Berpatutan & Munasabah

Tentang Harga Mounting Enjin Perodua Myvi / Alza + Siap Pasang

ProMax 3600 telah sediakan senarai harga mounting enjin Myvi untuk pemilik Myvi di Kuala Lumpur dan kawasan Selangor. Sebagai maklumat rujukan, harga mounting dan kos tukar/pasang mounting enjin aftermarket Perodua Myvi akan bermula dari RM420. Manakala, harga pakej tukar dan pasang mounting enjin original Perodua untuk Myvi dan Alza akan bermula dari RM690. Sila rujuk kotak info quicklink di bawah untuk semak maklumat dan senarai yang lebih teliti.

    Model Kereta*

    No. Telefon*

    Masalah / Keadaan

    Harga pakej tukar mounting engine myvi alza bezza dan axia

    ** Harga rujukan yang dipapar di senarai bawah telah dikira sekali dengan servis pemasangan.

    PriceSRD P
    Myvi 1.3 05-17
    SchmacoAuto510460
    Manual520470
    DencoAuto490440
    Manual490440
    MisukoAuto470420
    Manual470420
    PeroduaAuto730680
    Manual760710
    Myvi 1.5 11-17
    SchmacoAuto510460
    Manual520470
    DencoAuto490440
    Manual490440
    PeroduaAuto730680
    Manual760710
    Axia / Bezza
    SchmacoAuto625575
    Manual640590
    MisukoAuto560510
    Manual580530

    Di samping itu, ProMax 3600 juga telah menyediakan senarai pilihan mounting enjin untuk Perodua Bezza dan Axia. Dengan ini, pemilik Bezza dan Axia juga boleh merujuk senarai pilihan parts untuk memilih mounting yang diperlukan.

    Sebagai maklumat rujukan, Perodua Myvi dan Alza akan menggunakan mounting yang sama. Hal ini kerana kedua-dua model kereta mempunyai enjin dan struktur chassis enjin bay yang sama. Tambahan lagi, senarai harga rujukan di dalam laman web ini telah dikira sekali dengan servis pemasangan. Oleh itu, pemilik kereta boleh buat anggaran dan kiraan kos untuk membaiki masalah mounting enjin kereta mereka dengan lebih senang.

    Harga Rujukan Dan Senarai Pilihan Mounting Enjin Myvi / Axia / Bezza

    Sebagai maklumat rujukan, senarai harga mounting enjin Myvi akan mempunyai beberapa pakej perkidmatan yang berbeza. Hal ini kerana sesetengah pemilik Myvi cuma berharap menukar mounting di bahagian yang bergegar dengan serious. Oleh itu, ProMax 3600 cuba menyediakan beberapa pilihan pakej perkidmatan untuk pemilik Myvi yang mempunyai keperluan masing-masing. Disebabkan mounting di setiap bahagian adalah part yang berbeza, harga tukar engine mounting Myvi di setiap bahagian juga tidak sama.

    Tambahan lagi, Perodua telah membuat beberapa model Myvi yang mempunyai enjin yang berbeza. Sebagai contoh, enjin yang biasa diguna oleh Perodua Myvi di Malaysia ada seperti:

    • 3SZ ( 1499cc / 1.5 )
    • K3-VE ( 1299cc / 1.3)
    • 1NR-VE ( 1299cc / 1.3 )
    • 2NR-VE ( 1499cc / 1.5 )

    Setiap enjin yang berbeza memerlukan mounting yang berbeza untuk disambung dengan chassis Perodua Myvi. Disebabkan mounting enjin untuk setiap model enjin tidak sama, harga mounting enjin Myvi juga ada perbezaan. Oleh itu, senarai mounting enjin Myvi yang disediakan akan mempunyai pelbagai pilihan dan dikategori mengikut enjin dan model Myvi. 

    Di samping itu, Perodua telah melengkapi Myvi dengan 4 jenis gearbox iaitu manual, 4 gears auto, CVT dan DCVT. Oleh itu, mounting enjin di bahagian gearbox Myvi juga mempunyai kod dan model yang berbeza. Disebabkan itu, senarai harga enjin mounting Myvi akan mengasingkan kos tukar mounting mengikut jenis gearbox.

    Dengan ini, pemilik Myvi boleh rasa lebih senang untuk merujuk senarai pilihan mounting dan cari part yang sesuai.

    Fungsi Mounting enjin Perodua Myvi

    Senarai Pilihan Jenama Mounting Yang Biasa Dijumpai

    Di Malaysia, pasaran alat ganti aftermarket mempunyai pelbagai pilihan enjin Mounting untuk Perodua Myvi. Hal ini kerana Malaysia mempunyai beberapa kilang dan pembekal mounting enjin kereta Perodua dan Toyota yang pakar dan bereputasi. Sebagai maklumat rujukan, pembekal dan kilang pembuat mounting enjin yang berupaya membekal mounting enjin yang baik ada seperti bawah.

    • Schmaco
    • Misuko

    Selain mounting jenis aftermarket, Perodua telah membekal mounting ori untuk pemilik Myvi dan bengkel kereta. Dengan ini, pemilik dan pengguna Myvi yang lebih menyukai alat ganti ori boleh pilihan mounting ori Perodua.

    Di samping itu, pasaran alat ganti Malaysia mempunyai mounting enjin yang mempunyai packing Daihatsu. Biasanya, mounting packing Daihatsu mempunyai harga yang murah apabila dibandingkan dengan mounting berjenama lain. Tetapi banyak pemilik Myvi akan rasa tidak yakin dengan mounting ini kerana tidak pasti kualiti dan keadaan sebenar mounting ini. Tambahan lagi, sesetengah pemilik Myvi akan risau apabila tidak tahu sebab utama harga mounting packing Daihatsu jauh lebih murah. Selain itu, proses pemasangan mounting packing Daihatsu lebih rumit disebabkan mounting ada lubang bolt yang tidak sama dengan mounting ori. Disebabkan hal demikian, sesetengah pemilik dan pengguna Myvi akan cuba elak mounting packing Daihatsu.

    Sebagai maklumat rujukan, jenama mounting aftermarket dan original yang popular di kalangan pengguna Myvi dan mekanik pakar Myvi ada seperti:

    • Perodua ( Mounting myvi jenis ori )
    • Schmaco
    • Marz
    • Misuko
    • Denco

    Senarai harga mounting enjin Myvi yang disediakan oleh ProMax 3600 akan mempunyai pilihan mounting seperti Perodua, Schmaco, Misuko dan Marz. Jika pemilik Myvi berharap mengguna mounting jenama lain, ProMax 3600 akan cuba membekal mounting yang diperlukan oleh pemilik Myvi. Di samping itu, ProMax 3600 juga membekal perkidmatan memasang mounting enjin yang dibeli oleh pemilik Myvi sendiri.

    Fungsi Mounting Enjin Kereta

    Chassis dan enjin kereta adalah dua bahagian kereta yang berasing. Oleh itu, enjin kereta memerlukan mounting sebagai bahagian sambungan di antara enjin dan chassis kereta. Dengan ini, enjin kereta akan dipasang di dalam engine bay dengan kukuh dan stabil.

    Di samping itu, mounting enjin memainkan peranan untuk mengurangkan getaran enjin kereta. Hal ini kerana mounting enjin mempunyai bahagian getah yang berperanan untuk menghentikan getaran. Apabila enjin sedang bergetar, getah akan mengurangkan getaran kerana getah mempunyai keupayaan damping yang baik. Oleh itu, enjin mounting adalah bahagian yang penting untuk meningkatkan tahap keselesaan Perodua Myvi. Dengan adanya mounting yang berkeadaan baik, pemandu dan pelanggan Myvi akan rasa lebih selesa apabila enjin sedang berfungsi. 

    Tambahan lagi, enjin mounting adalah bahagian yang boleh memastikan enjin kereta boleh bergerak dalam ruangan yang terkawal. Sebagai maklumat rujukan, enjin bay kereta mempunyai bahagian dan part yang disambung dengan satu sama lain. Di samping itu, kebanyakan bahagian dan part bukan bahagian yang static kerana sesetengah part mempunyai penggerakan dinamik. Sebagai contoh, bahagian di bawah akan disambung dengan enjin dan gearbox kereta.

    • Ezos system
    • Intake
    • Paip Coolant
    • Fuel injector
    • Drive shaft
    • Steering rod
    • Hub roda

    Oleh itu, mounting enjin memain perana untuk memastikan semua bahagian di dalam enjin bay boleh disambung dengan baik. Yang pentingnya, mounting enjin boleh mengelakkan bahagian-bahagian yang disambung dengan enjin tidak akan tegang apabila ada gerakan dinamik. 

    Harga Mounting Enjin Berjenama Schmaco

    Apabila merujuk senarai harga mounting enjin Myvi, Schmaco adalah jenama yang popular dan diminat oleh sesetengah pemilik Myvi. Hal ini kerana Schmaco adalah kilang buatan alat ganti kereta tempatan yang pakar dalam bidang buatan mounting. Oleh itu, produk Schmaco mempunyai kualiti dan ketahanan yang baik.

    Apabila dibanding dengan mounting berjenama lain, mounting enjin Myvi buatan Schmaco tidak mempunyai harga yang terendah. Tetapi, sesetengah pengguna Myvi, bengkel dan mekanik akan mencadangkan produk Schmaco jika perlukan alat ganti yang berkualiti. Hal ini kerana Schmaco mempunyai rekod reputasi yang lebih boleh dipercayai dan pasukan R&D yang inovasi.

    Sebagai maklumat rujukan, harga dan kos tukar mounting enjin Myvi dengan mounting set Schmaco akan bermula dari RM380 ke RM420. Di samping pakej tukar satu set mounting, ProMax 3600 boleh membantu pemilik Myvi memasang mounting di bahagian tertentu sahaja. Sebagai contoh, sesetengah pemilik Myvi cuba perlu tukar mounting di bahagian kiri enjin. Manakala mounting enjin yang lain akan disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan.

    Tambahan lagi, mounting enjin Myvi Schmaco adalah mounting jenis plug and play. Oleh itu, ProMax 3600 telah menyediakan pakej untuk tukar dan pasang engine mounting Myvi buatan Schmaco secara onsite.

    Harga Mounting Myvi Jenama Mars

    Apabila merujuk senarai harga mounting enjin Perodua Myvi, pemilik dan pengguna Myvi akan mempertimbangkan mounting yang dibekal oleh Mars. Hal ini kerana mounting enjin Myvi keluaran Mars mempunyai harga yang berpatutan dan lebih rendah apabila dibanding dengan mounting lain. Sebagai maklumat rujukan, harga pakej pemasangan satu set mounting enjin Mars untuk Perodua Myvi akan bermula dari RM270. Disebabkan harga dan kos tukar mounting enjin tidak membebankan, kebanyakan pemilik Myvi akan tukar mounting di ketiga-tiga bahagian. 

    Sebagai maklumat tambahan, Mars adalah jenama alat ganti kereta yang berasal dari Thailand. Sampai masa sekerang, reputasi alat ganti keluaran Mars adalah positif di pasaran alat ganti Malaysia. Oleh itu, banyak pemilik Myvi akan mempertimbangkan mounting enjin keluaran Mars apabila berharap untuk kurangkan kos.

    Kos Dan Harga Pemasangan Mounting Enjin Myvi Ori Perodua

    Di pasaran alat ganti KL Selangor, mounting enjin ori Perodua mempunyai pemintaan yang baik di kalangan pemilik Myvi. Hal ini kerana mounting enjin ori Perodua lebih dipercayai oleh pemilik dan pengguna Myvi. Di samping itu, kebanyakan bengkel dan mekanik akan mencadangkan alat ganti ori Perodua apabila bujet pemilik Myvi adalah mencukupi. Hal ini kerana mounting Myvi ori Perodua mempunyai jaminan kualiti yang positif. Tambahan lagi, proses tukar dan pasang mounting Myvi jarang berlaku masalah yang rumit. Oleh itu, bahagian yang lain tidak akan terjejas dan modifikasi tidak diperlukan apabila mengguna mounting enjin Myvi ori.

    Sebagai maklumat rujukan, harga mounting enjin Myvi ori Perodua biasanya adalah lebih tinggi kalau dibandingkan dengan pilihan aftermarket. Jika membeli mounting di kedai spare part, biasanya harga mounting Myvi ori Perodua akan mula dari RM470 ke RM550. Manakala penjual di ecommerce seperti Shopee dan Lazada juga ada jual engine mounting Myvi ori Perodua. Kadang-kala harga mounting enjin ori Perodua yang dijual di Shopee adalah lebih rendah. Tetapi sesetengah pemilik Myvi dan bengkel akan risau dengan ketulinan dan keadaan sebenar mounting.

    ProMax 3600 akan membekal perkidmatan untuk membantu pemilik Myvi memasang mounting ori Perodua. Sebagai maklumat rujukan, kos pemasangan engine mounting Myvi akan bermula dari RM160 ke RM270. Biasanya kos pemasangan akan dikira mengikut bahagian mounting yang ditukar atau set penuh mounting yang akan dipasang. Hal ini kerana semua enjin Myvi mempunyai 3 unit mounting di bahagian yang berbeza.

    Di samping itu, ProMax 3600 telah menyediakan senarai harga enjin mounting yang merangkumi pakej bekal dan pasang enjin mounting Myvi. Dengan ini, pemilik Myvi boleh bandingkan kos beli mounting sendiri atau memilih pakej bekal dan tukar mounting yang disediakan oleh ProMax 3600.

    Proses Pemasangan Mounting Enjin Myvi – Sebelah Kanan

    Mounting di sebelah kanan engine Perodua Myvi adalah mounting yang akan menyambung bahagian gearbox dengan chassis. Untuk membuka bolt engine mounting sebelah kanan, mekanik akan mengambil keluar bateri kereta dula. Kemudiannya, mekanik akan membuka bolt di bahagian chassis dan gearbox. Disebabkan ada bolt yang menghala ke bahagian bawah, mekanik akan jack naik Myvi. Kemudiannya, mekanik akan mengunakan wrench untuk membuka bolt di bahagian bawah.

    Setelah semua bolt dibuka, mekanik akan ambil keluar mounting yang sudah rosak. Biasanya, mounting enjin Myvi menjadi rosak kerana getah sudah keras dan pecah. Apabila part yang rosak dikeluarkan, mekanik akan letak mounting part yang baru ke bahagian yang ditetapkan. Kemudiannya, makanik akan letak bolt balik ke semua lubang bolt. Selepas pusing bolt ke dalam lubang, mekanik akan guna torque wrench untuk ketatkan bolt mengikut torque yang disenarai dalam manual. Apabila siap memeriksa keketatan bolt, mekanik akan pasang balik bateri dan selesaikan proses tukar mounting sebelah kanan.

    Memasang Mounting Enjin Myvi – Sebelah Kiri

    Mounting enjin Myvi sebelah kiri

    Engine mounting di sebelah kiri adalah enjin mounting Myvi yang paling biasa rosak. Hal ini kerana mounting enjin Myvi ini berada di bahagian yang paling dekat dengan enjin dan pulley. Oleh itu, mounting enjin sebelah kiri ini perlu menahan dan serap getaran enjin yang paling banyak. Tambahan lagi, mounting enjin sebelah kiri Myvi adalah mounting yang sentiasa terdedah dengan suhu enjin yang tinggi. Oleh itu, getah mounting akan menjadi keras dan rosak dengan lebih cepat.

    Sebelum membuka mounting sebelah kiri, mekanik akan membuka penutup enjin yang ada paip intake. Kemudiannya, mekanik akan jack myvi naik Myvi supaya boleh membuka bolt di bahagian bawah dengan lebih senang. Pada masa yang sama, jack stand akan diguna untuk menampung enjin supaya enjin tidak turun ke bawah apabila semua bolt dibuka. Selepas membuka bolt di bahagian bawah, mekanik akan membuat semua bolt di bahagian chassis dan blok enjin. Semasa membuka bolt, mekanik perlu menolak paip refrigerant air-cond yang menghalang gerakan wrench. Setelah siap buka bolt, mounting yang rosak akan diambil keluar.

    Jika mounting enjin yang baru tidak datang sekali dengan bracket, mekanik akan buka bracket lama dan pasang dengan mounting baru. Kemudiannya, engine mounting baru akan diletak balik ke bahagian enjin. Semasa pasang mounting baru, mekanik perlu tolak dan gerakkan enjin supaya lubang bolt akan berada di tempat yang beteul. Selepas itu, mekanik akan masuk bolt dan ketatkan dengan mengguna torque wrench. Mekanik akan siapkan proses pasang mounting enjin Myvi sebelah kiri dengan memeriksa torque semua bolt mounting.

    Menukar Dan Memasang Mounting Enjin Myvi – Rod Bawah

    Mounting rod enjin Perodua Myvi

    Rod mounting di bahagian bawah adalah mounting yang berfungsi untuk mengurangkan gerakan enjin ke arah depan dan belakang. Sebagai maklumat rujukan, rod mounting berada di bahagian bawah enjin dan berdekatan dengan lower paip ezos. Oleh itu, Myvi perlu diangkat naik dengan jack dan ditahan dengan jack stand. Kemudiannya, mekanik perlu membuka mounting rod di bahagian bawah kereta.

    Sebagai maklumat rujukan, mounting rod enjin Myvi mempunyai 1 bolt dan 1 nut. Oleh itu, mekanik cuma perlu membuat 1 bolt dan 1 nut untuk keluarkan mounting rod yang lama. Akan tetapi, bolt mounting rod merupakan salah satu bolt yang sangat ketat di bahagian engine. Disebabkan itu, mekanik kadang-kala akan menghadapi masalah bolt tidak dapat dibuka dengan cara biasa.

    Apabila berlalu masalah bolt terlalu ketat untuk dibuka, mekanik akan membuka bolt ezos untuk menurunkan ezos. Dengan ini, mekanik akan mempunyai ruang yang lebih luas untuk masuk socket dan wrench panjang. Kalau wrech cukup panjang, mekanik boleh melonggarkan bolt yang ketat dengan lebih senang. Sebagai maklumat rujukan, wrench elektrik atau pneumatic tidak dapat digunakan kerana ruang terlalu sempit. 

    Setelah membuka bolt dan nut, mekanik akan tarik mounting rod keluar. Kemudiannya, mekanik akan pasang mounting rod yang baru untuk menyambung bahagian bawah enjin Myvi dengan chassis kereta.

    Masalah Enjin Myvi Bergegar Dengan Kuat

    Simptom utama mounting Myvi bermasalah adalah gegaran enjin tidak dihentikan dan menyebabkan bahagian kereta yang lain bergegar. Apabila pemandu dan penumpang Myvi boleh rasa gegaran kereta yang kuat, mekanik akan cuba memeriksa dan inspect mounting enjin Myvi. Hal ini mounting enjin bermasalah kerana bahagian getah sudah pecah.

    Jika getah mounting sudah keras atau pecah, mounting enjin akan kekurangan upaya damping gegaran. Tambahan lagi, mounting akan mempunyai lebih banyak ruang gerakan apabila getah pecah. Disebabkan hal demikian, enjin Myvi mempunyai ruang yang banyak untuk bergegar. Pada masa yang sama, gegaran enjin akan masuk ke bahagian dalam kerana getah mounting yang rosak tidak boleh damp gegaran.

    Apabila rasa Myvi sentiasa bergegar dengan keadaan yang tidak normal, pemilik Myvi akan meminta mekanik untuk memeriksa engine mounting. Pada masa yang sama, pemilik Myvi boleh merujuk senarai harga dan pilihan mounting untuk pilih alat ganti mounting yang diperlukan.

    Perkidmatan Memasang Mounting Enjin Myvi Secara Onsite

    Sebagai maklumat rujukan, perkidmatan memeriksa dan memasang mounting enjin Myvi boleh dijalankan secara onsite. Apabila pemilik Myvi rasa Myvi sentiasa bergegar dengan kuat, pemilik Myvi boleh menempah perkidmatan onsite dengan ProMax 3600. Dengan ini, ProMax 3600 boleh cuba membantu pemilik Myvi secara onsite untuk memeriksa mounting Myvi dan mencari sebab enjin bergegar. Kalau engine mounting Myvi sudah rosak, ProMax 3600 akan memberikan perkidmatan untuk tukar dan pasang mounting secara onsite.

    Pada masa sekarang, banyak pemilik kereta lebih mengemari perkidmatan tukar mounting secara onsite kerana cara ini boleh jimatkan masa. Hal ini kerana mekanik akan pergi ke tempat pemilik Myvi dan menjalankan proses tukar mounting secara onsite. Dengan ini, pemilik Myvi tidak perlu meluangkan masa untuk menghantar Myvi ke bengkel dan menunggu sampai proses pemasangan siap dijalankan. Di samping itu, pemilik Myvi juga tidak perlu mengambil cuti apabila mounting boleh ditukar oleh mekanik secara onsite.

    Disebabkan perkidmatan onsite mempunyai pemintaan, ProMax 3600 telah sediakan senarai harga pakej tukar mounting enjin secara onsite untuk pemilik Myvi. Dengan ini, pemilik Myvi yang sedang merancang untuk tukar mounting boleh merujuk senarai harga dan pilihan untuk buat bandingan.

    Cara Memeriksa Keadaan Mounting

    Pakar enjin kereta akan memandu Myvi untuk menguji keadaan mounting enjin. Semasa menukar gear dan tekan brake, enjin akan bergerak dan bergegar dengan kuat. Jika gegaran enjin boleh dirasai dengan jelas di bahagian dalam Myvi, keadaan mounting mungkin sudah tidak positif.

    Di samping itu, pakar enjin akan jack dan tolak naik enjin Myvi. Kemudiannya, pakar enjin akan bagi enjin beroperasi dan menelitikan gegaran enjin. Jika enjin bergegar dan tidak dikawal oleh mounting, pakar akan raas mounting enjin sudah bermasalah.

    Apabila mounting diambil keluar, pakar dan mekanik akan menelitikan keadaan mounting. Jika sesetengah bahagian mounting ada ruang gerakan dan kesan kelonggaran, mounting getah sudah pecah dan rosak.

    Bolehkah Cuma Menukar Mounting Di Salah Satu Bahagian Sahaja?

    Ya. Pemilik Myvi boleh meminta mekanik untuk tukar mounting di bahagian yang rosak sahaja tanpa tukar satu set penuh. Hal ini kerana setiap mounting enjin tidak akan rosak pada masa yang sama. Kalau mounting masih boleh berfungsi, pemilik Myvi boleh jimatkan kos tukar mounting tanpa tukar semua mounting.

    Tetapi jika kesemua mounting sudah tidak berkeadaan baik, mekanik tidak akan cadang pemilik Myvi untuk tukar sesetengah mounting sahaja. Hal ini kerana cara tukar satu atau dua belah mounting tidak boleh menyelesaikan masalah ketiga-tiga mounting sudah tidak berfungsi. Tambahan lagi, mounting baru terpaksa menahan kesemua gegaran dan menyebabkan jangka hayat mounting menjadi lebih pendek.

    Sebab-sebab Mounting Menjadi Rosak

    Suhu tinggi dan gegaran yang kuat adalah factor utama mounting menjadi rosak. Apabila enjin sedang berfungsi, enjin akan sentiasa bergegar kerana piston, crank, valve, cam dan part lain sedang bergerak. Semasa semua part enjin bergerak di ke arah yang tidak sama dengan kelajuan yang berbeza, gegaran akan berlaku. Disebabkan getah berperanan untuk menghentikan gegaran enjin, getah akan mula pecah dan rosak lama kelamaan.

    Di samping, enjin akan menjana haba yang banyak dan menyebabkan suhu menjadi tinggi. Disebabkan getah mounting sentiasa terdedah dengan haba dan berada di keadaan suhu tinggi, komposit getah akan berubah menjadi keras. Apabila getah menjadi keras, getah akan pecah dengan lebih senang. Pada masa yang sama, keupayaan damping getah akan berkurang apabila kekerasan getah bertambah. 

    Senarai Harga Mounting Enjin Perodua Myvi

    Sila menghubungi ProMax 3600 untuk mendapat maklumat rujukan apabila sedang buat perancangan untuk memeriksa atau tukar mounting enjin Myvi. Setelah memahami keadaan kereta dan keperluan pemilik Myvi, ProMax 3600 akan cuba menghantar senarai harga mounting enjin kepada pemilik Myvi. Tambahan lagi, ProMax 3600 akan juga menyediakan dan mengkongsikan senarai pakej pilihan dan harga tukar mounting enjin Myvi secara onsite.

    Dengan merujukan infomasi yang dikongsikan, pemilik Myvi boleh mengetahui maklumat yang lebih lanjut. Tambahan lagi, pemilik Myvi juga akan mengetahui pilihan alat ganti dan pakej-pakej yang sedia ada. Setelah mendapat informasi dan maklumat, pemilik Myvi boleh membuat bandingan dan memilih perkidmatan yang lebih sesuai.

    Mounting sebelah kanan
    Mounting hentikan gegaran enjin Myvi
    Mounting baru untuk selesaikan masalah enjin bergegar
    Mounting enjin Perodua Myvi sebelah kanan
    Mounting sebelah kanan dekat dengan gearbox
    mounting rod
    harga mounting rod di sebelah bawah enjin Perodua Myvi

    Leave A Comment