Tentang Mounting Enjin Perodua Myvi
Mounting enjin Perodua adalah pilihan mounting yang popular di kalangan pemilik Myvi . Hal ini kerana kebanyakan pemilik kereta lebih percaya dengan kualiti dan kebaikan mounting enjin Perodua. Disebabkan hal demikian, pakej perkidmatan tukar mounting enjin ini mengandungi pilihan mounting enjin Perodua. Selain ini, pemilik kereta juga boleh mounting enjin Schmaco, Denco atau Misuko.
Pilihan Yang Ada
Laman web atau pakej ini telah menyediakan pilihan mounting enjin untuk kereta yang ada Auto atau Manual gearbox. Hal ini kerana kadang-kala harga mounting atau spare part untuk Myvi Auto dan Manual ada sikit perbezaan.
Apabile merujuk senarai pilihan mounting enjin, pemilik Myvi akan nampak pilihan seperti :
- Perodua ( Ori )
- Schmaco
- Denco / Misuko
Harga Siap Pasang Mounting Enjin Perodua Myvi
Sebagai maklumat rujukan, harga yang ditunjukan telah dikira sekali dengan kos atau caj servis pemasangan mounting enjin. Dengan ini, pemilik Myvi tidak perlu menghubungi bengkel atau kedai repair kereta untuk tanya kos tukar dan servis pemasangan.
Fungsi Mounting Enjin
Myvi memerlukan mounting enjin untuk menggelak getaran enjin dari berpindah ke bahagian chassis kereta. Hal ini kerana mounting enjin ada komponen getah yang tahan lasak. Apabila getaran sampai ke bahagian getah, tenaga getaran akan berkurang.
Jika kereta tidak ada mounting yang mempunyai komponen getah, bahagian chassis, seat dan dashboard kereta akan bergetar sekali dengan enjin. Apabila bahagian dalaman kereta mempunyai getaran yang kuat, penumpang kereta akan berasa tidak selasa. Di samping itu, pemandu Myvi akan rasa tidak senang hati semasa memandu Myvi itu.
Perkidmatan Tukar Dan Pasang Mounting Enjin
Setelah pilih mounting yang diperlukan, technician akan buka dan ambil keluar mounting kereta yang bermasalah. Kemudiannya, technician akan mula jalankan proses pemasangan mounting enjin. Biasanya, proses buka, tukar dan pasang mounting enjin Myvi memerlukan masa 1jam ke 2jam.
Apa Simptom Yang Akan Dikesan Apabila Mounting Sudah Bermasalah?
Jika mounting enjin sudah rosak atau bermasalah, pemilik atau pemandu mungkin akan terkesan isu-isu seperti:
- Dashboard Myvi gegar dengan kuat
- Body kereta akan bergetar dengan serius apabila enjin Myvi telah dihidupkan tetapi tekanan minyak hitam dan suhu enjin masih rendah.
- Komponen getah mungkin akan ada bahagian yang retak
- Kedudukan enjin Myvi di dalam enjin bay akan jadi lebih rendah
Cara Menganggar Kos / Harga
Pemilik Myvi boleh rujuk harga mounting enjin Perodua di dalam pakej ini. Sebagai maklumat rujukan, laman web ini mempunyai beberap pilihan mounting untuk Myvi . Dengan ini, pemilik Myvi atau pengguna Myvi oleh menganggar kos keseleruhan untuk tukar mounting kereta yang sudah rosak.
Kenapa Pemilik Myvi Suka Dan Percaya Dengan Mounting Enjin Perodua Myvi?
Sebab utama pemilik Myvi pilih spare part ginal kerena lebih percaya dengan kualiti dan cara buatan spareparts Perodua.
Proses / Cara Buat Booking
- Pilih parts dan buat pilihan yang diperlukan.
- Selepas itu, pilih tempat pemasangan mounting enjin
- Semak harga mounting enjin
- Tekan butang “Add To Cart” atau “Reservation”
- Kemudian tekan butang “Checkout” atau “Complete Booking”
- Pihak carworkshop.com.my akan menghubungi pemilik kereta / pembeli tentang appointment untuk menjalankan servis pemasangan mounting enjin
- Bayaran boleh dibuat melalui cara “online banking transfer” ataupun “cash”
Reviews
There are no reviews yet.