Absorber Perodua Myvi Lagi Best Dan Icon – Harga Siap Pasang

RM240.00RM870.00

Price

Pakej Tukar Absorber Perodua Myvi ABM3202-LB

Sebagai maklumat rujukan, pakej tukar absorber kereta ini adalah penyelesaian untuk pemilik Perodua Myvi yang menghadapi masalah absorber. Apabila absorber kereta bermasalah, kereta akan sentiasa berayun seperti kapal kerana fungsi damping absorber sudah tidak baik. Oleh itu, pemilik Myvi akan berharap untuk menukar absorber mereka untuk membaikpulih keupayaan dan fungsi suspension kereta. Disebabkan hal demikian, kita telah menyediakan pakej tukar absorber ABM3202-LB untuk pemilik Myvi di sekitar Kuala Lumpur. Sebagai maklumat rujukan, pakej ini adalah sesuai untuk model Myvi seperti : Myvi M300, Myvi Lagi Best dan Myvi Icon.

 

 

Fungsi Absorber Myvi

Absorber adalah komponen suspension kereta yang berfungsi untuk damp atau hentikan bounce badan kereta. Oleh itu, absorber mempunyai lagi satu panggilan Bahasa Inggeris iaitu damper.

Apabila kereta bergerak melepasi jalan yang tidak rata, spring suspension kereta akan mula berfungsi untuk menahan dan menstabilkan badan kereta. Disebabkan spring suspension akan ditekan atau ditarik Panjang, spring akan mula berayun dan menyebabkan badan bergoyang. Oleh itu, suspension Perodua Myvi memerlukan absorber berfungsi sebagai damper untuk menghentikan ayunan spring suspension dengan berkesan.

 

 

Cara Damper Kurangkan Bounce Kereta

Absorber iaitu damper suspension kereta mempunyai tube, valve dan minyak hydraulic. Apabila damper ditekan atau ditarik, minyak hydraulic akan mula beralir dari satu bahagian ke bahagian yang bertentangan. Semasa minyak beralir, damper menggunakan valve untuk mengawal dan menyekat aliran minyak hydraulic. Disebabkan itu, aliran minyak yang disekat oleh valve telah berfungsi sebagai daya rintangan untuk mengawal dan menghentikan tenaga kinetic ayunan spring suspension. Dengan ini, absorber akan berupaya untuk menghentikan ayunan spring suspension kereta dengan lebih berkesan dan pengalaman menumpang kereta lebih selesa.

 

 

Sebab-sebab Tukar Absorber Kereta

Senarai dibawah adalah sebab-sebab untuk menukar absorber atau damper suspension kereta.

  • Daya damping absorber kereta sudah berkurang
  • Kereta sentiasa berayun dan bergoyang dengan kuat apabila bergerak di permukaan yang tidak rata
  • Kebocoran minyak dikesan di permukaan tube absorber
  • Kedengaran bunyi yang pelik yang datang dari absorber kereta

 

 

 

Pilihan Absorber Untuk Perodua Myvi Lagi Best Dan Icon

Pada masa sekarang, pemilik Myvi Lagi Best dan Icon mempunyai beberapa pilihan jenama absorber yang popular dan berprestasi baik seperti:

  • Kayaba (KYB)
  • APM
  • GAB
  • Ori Perodua

 

 

Perkidmatan Pakej Siap-pasang Absorber Di Kuala Lumpur

Pakej ini telah merangkumi perkidmatan pemasangan ( siap-pasang ) absorber untuk pemilik Myvi Lagi Best dan Icon di sekitar Kuala Lumpur. Oleh itu, harga yang dipaparkan di dalam laman web ini merupakan harga siap-pasang absorber Myvi.

Setelah maklumatan order dikemaskini dan disahkan oleh kita dan pemilik kereta (pembeli), pakar pemasangan absorber akan menghantar absorber kepada pembeli. Selepas itu, pakar akan mula kerja menukar dan memasang absorber secara onsite.

 

 

Cara Menghubungi Kita Untuk Maklumat Lanjut

Sila menghubungi kita melalui nombor telefon 0162070338. Sebagai maklumat tambahan, nombor 0162070338 ini mempunyai Whatsapp dan boleh chat melalui Whatsapp.

Absorber

GAB Front, GAB Rear, GAB Full, APM Front, APM Rear, APM Full, KYB RS Ultra Front, KYB RS Ultra Rear, KYB RS Ultra Full

Model

Myvi 2005-2017, Myvi 2018-2023

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Absorber Perodua Myvi Lagi Best Dan Icon – Harga Siap Pasang”

Your email address will not be published. Required fields are marked *