Harga Dan Kos Tukar Condenser Aircon Myvi
Di KL Selangor, kos tukar condenser aircon Myvi biasanya bermula dari RM150. Sebagai maklumat rujukan, sistem aircon Myvi boleh memilih beberapa jenis condenser. Hal ini kerana terdapat beberapa pembekal condenser Myvi yang boleh membekal condenser OEM, recon dan original. Disebabkan setiap jenis condenser mempunyai kualiti dan harga yang berbeza, kos tukar condenser aircon Myvi akan berbeza.
Sebagai contohnya, condenser aircon Myvi jenis recon mempunyai harga yang sangat rendah. Oleh itu, pemilik Myvi akan memilih condenser recon jika berharap kos tukar condenser aircon Myvi boleh dikurangkan. Di samping itu, pemilik Myvi akan memilih condenser jenis OEM kalau memerlukan condenser yang baru dan berharga lebih rendah. Selain itu, pemilik Myvi akan mengguna condenser aircon jenis original jika berharap mengguna spare part ori.
Pemilik Myvi digalakkan menghubungi beberapa bengkel aircon kereta apabila perlu servis membaiki atau tukar condenser. Hal ini kerana bengkel yang berbeza mungkin akan memyediakan servis dan kos tukar condenser aircon Myvi yang berbeza.
Peranan Kegunaan Condenser Aircon Myvi
Di dalam sistem aircon Myvi, condenser aircon Myvi ialah bahagian yang boleh mempercepatkan haba refrigerant dilepaskan. Hal ini kerana angin akan meniup condenser apabila refrigerant yang panas masuk ke dalam condenser.
Semasa refrigerant keluar dari blower aircon, refrigerant akan membawa haba ke bahagian compressor. Dengan ini, compressor akan memampatkan gas refrigerant sehingga menjadi cecair refrigerant yang bersuhu tinggi. Kemudiannya, cecair refrigerant yang bersuhu tinggi ini akan masuk ke bahagian condenser.
Apabila refrigerant yang pansa mengalir di dalam condenser, angine akan meniup condenser untuk membawa keluar haba. Oleh itu, refrigerant akan menjadi sejuk dan menjadi gas apabila keluar dari condenser. Selapas refrigerant menjadi sejuk, refrigerant akan masuk semula ke blower untuk menyejukan udara. Dengan ini, blower aircon Myvi akan meniup angin yang sejuk ke dalam Myvi.
Perkidmatan Memeriksa Dan Menukar Condenser Aircon Myvi
Apabila aircon Myvi tidak sejuk atau bermasalah, pemilik Myvi akan menghantar Myvi ke bengkel aircon kereta. Dengan ini, mekanik akan memeriksa beberapa bahagian aircon Myvi. Jika terkesan condenser ada kebocoran, mekanik akan cuba membaiki atau mencadang umtuk tukar condenser yang rojak.
Jika tempat bocor tidak besar atau boleh diperbaiki, mekanik akan membaiki condenser yang bocor. Kalau tempat bocor besar atau berada di tempat yang sudah nak diperbaiki, tukar condenser Myvi merupakan cara penyelesaian.
Kenapa Condenser Kereta Akan Bocor?
Kadang-kala, batu atau objek yang tajam akan mengetuk condenser aircon semasa Myvi bergerak. Dengan ini, condenser mungkin akan bocor apabila diketuk oleh batu atau objek tajam.
Selain itu, Myvi mungkin akan terhentam bump atau barrier konkrit. Disebabakan condenser aircon berada di bahagian depan Myvi, condenser mungkin akan terhentam dan bocor.
Simptom Condenser Aircon Kereta Bocor
Apabila condenser aircon kereta bocor, sistem aircon kereta akan ada simptom seperti:
- Aircon tidak sejuk
- Kesan minyak dan refrigerant terkeluar dari bahgian condenser
Senarai Rujukan Tentang Harga Dan Kos Tukar Condenser Myvi Yang Bocor
- Condenser Recon: RM80-150
- Harga Condenser Aircon Myvi OEM: RM150-250
- (Ori) Condenser Dari Denso: RM370 ke atas