Tentang Harga Myvi Turbo Kit
Sebagai maklumat rujukan, harga turbo kit Myvi yang complete akan bermula dari RM13500. Secara ringkasnya, set penuh turbo kit Myvi mengandungi kesemua parts yang diperlukan oleh project turbo Myvi. Oleh itu, harga turbo kit Myvi yang baru adalah tidak rendah kalau berbanding dengan spare parts dari half cut.
Secara ringkasnya, turbo kit Myvi merupakan parts penting untuk turbocharge enjin Myvi. Dengan adanya sistem turbo, enjin Myvi boleh menjana lebih banyak horsepower dan torque. Hal ini kerana sistem turbo akan memampatkan dan mengepumkan lebih banyak udara ke dalam enjin. Dengan ini, ECU akan masukkan lebih banyak petrol ke enjin. Apabila enjin Myvi mendapat lebih banyak campuran udara dan petrol, enjin akan menjadi lebih berkuasa.
Turbo
Pakej turbo kit Myvi mengandungi satu turbo yang bersaiz kecil. Hal ini kerana enjin Myvi ialah enjin 1.3 ataupun 1.5. Oleh itu, turbo kecil boleh mengurangkan masalah turbo lag. Hal ini kerana enjin Myvi boleh mengeluarkan exhaust yang cukup untuk memutarkan turbo dengan senang. Dengan ini, turbo kecil boleh mula menjana tekanan dan mempatkan udara pada rpm yang rendah.
Tambahan lagi, enjin Myvi tidak sesuai menguna boost yang tinggi. Hal ini kerana boost tinggi akan membuat combustion yang sangat berkuasa. Disebabkan ini, enjin Myvi akan rosak dengan cepat disebabkan tidak boleh menahan kuasa yang tinggi.
Pelepas Tekanan ( Wastegate )
Sistem turbo Myvi juga memerlukan satu unit pelepas tekanan. Dengan adanya pelepas tekanan, sistem turbo dan ecu boleh mengawal tekanan boost turbo. Apabila tekanan sampai tahap yang ditetapkan, pelepas tekanan akan melepaskan tekanan yang lebih. Dengan ini, pemandu Myvi turbo boleh mendengar bunyi pelepasan udara yang unik.
Intercooler Untuk Sistem Turbo Myvi
Sebagai maklumat tambahan, intercooler memainkan peranan untuk merendahkan suhu udara. Semasa turbo memampatkan udara, suhu udara akan menjadi sangat tinggi. Oleh itu, intercooler akan merendahkan suhu udara untuk membantu enjin membuat combustion dengan lebih baik.
Paip Sistem Turbo
Di dalam sistem turbo Myvi, paip merupakan bahagian menyalurkan udara ke turbo dan ke enjin. Oleh itu, harga turbo kit Myvi merangkumi kos paip-paip saluran udara. Biasanya, paip sistem turbo diperbuat daripada aluminium, keluli atau polymer.
ECU / Piggyback
Turbo memerlukan ECU ataupun piggyback untuk berfungsi dengan lebih baik. Oleh itu, pemilik Myvi boleh memilih standalone ECU ataupun Piggyback untuk sistem turbo.
Sebagai maklumat rujukan, stock ECU enjin Myvi mempunyai mapping yang sesuai untuk NA enjin. Oleh itu, stock ECU Myvi tidak faham cara mengawal sistem turbo Myvi yang baru. Jika boost turbo tidak tinggi, stock mapping mungkin masih boleh mengawal enjin turbo. Tetapi stock ECU akan hilang kawalan apabila boost turbo ditingkatkan. Disebabkan hal demikian, tuner akan masukkan mapping yang baru ke dalam ECU atau piggyback untuk mengawal sistem turbo.
Pemasangan Turbo Kit Myvi
MWP boleh menyediakan perkidmatan membekal dan memasang turbo kit Myvi. Proses pemasangan turbo kit Myvi biasa mengambil masa 3 ke 5 hari bekerja.
Senarai Harga Turbo Kit Myvi Dan Kos Pemasangan
- Turbo Kit Myvi: RM13500-15000
- Pemasangan Turbo Kit: RM1500-2500