Harga Spark Plug Myvi Dan Kos Tukar Spark Plug
Salah satu sebab maintenance Myvi rendah kerana mempunyai harga spark plug Myvi berpatutan. Oleh itu, Myvi mempunyai banyak pengguna dan merupakan kereta panduan harian yang popular.
Sebagai maklumat rujukan, Myvi mempunyai beberapa pilihan spark plug. Hal ini kerana Myvi boleh mengguna spark plug OEM atau spark plug ori. Tambahan lagi, enjin Myvi boleh dinaik taraf dengan mengguna spark plug iridium aftermarket. Hal ini kerana spark plug iridium boleh mengurangkan masalah misfire semasa rpm enjin tinggi.
Setiap jenis spark plug Myvi yang berbeza mempunyai kos pembuatan dan kos saliran bekalan yang berbeza. Oleh itu, harga spark plug Myvi untuk jenis OEM, ori dan aftermarket adalah tidak sama. Disebabkan hal demikian, pemilik Myvi akan memilih spark plug berdasarkan kualiti, jenama dan harga spark plug Myvi.
Kegunaan Spark Plug Myvi
Myvi mempunyai sebuah enjin dual cam 4 silinder yang boleh menjana kuasa dengan membakar petrol. Oleh itu, enjin Myvi memerlukan spark plug untuk membakar campuran petrol dan udara.
Enjin Myvi akan menghisap udara ke dalam silinder enjin melalui intake. Kemudian, ecu akan menghantar petrol ke dalam silinder melalui fuel injector. Selepas itu, piston enjin Myvi akan memampatkan campuran petrol dan udara. Apabila campuran petrol dan udara dimampat, spark plug akan mengeluarkan percikan api dengan tinggi arus voltan tinggi. Dengan ini, campuran petrol dan udara akan terbakar dan menjana kuasa yang tinggi untuk menolak piston.
Secara ringkasnya, spark plug Myvi memainkan peranan penting untuk memulakan proses pembakaran di dalam enjin. Oleh itu, enjin Myvi tidak boleh membakar petrol untuk menjana kuasa tanpa spark plug.
Simptom Spark Plug Rosak
Apabilla spark plug rosak atau tidak boleh berfungsi dengan baik, enjin akan mengalami beberapa masalah. Secara ringkasnya, enjin Myvi mempunyai empat unit spark plug. Jika salah satu spark plug tidak berfungsi, salah satu silinder enjin Myvi tidak akan menjana kuasa. Oleh itu, pemandu Myvi akan rasa enjin Myvi kekurang kuasa.
Tambahan lagi, kadar penggunaan petrol enjin Myvi akan meningkat apabila spark plug tidak berfungsi. Hal ini kerana ECU akan sentiasa menghantar petrol ke silinder yang mempunyai spark plug yang rosak.
Jika spark plug tidak berfungsi dengan baik, Myvi akan bergetar dengan kadar yang tinggi apabila enjin sedang Idle. Salain itu, enjin Myvi akan beroperasi dalam keadaan yang tidak lancar apabila rpm enjin tinggi. Hal ini kerana spark plug yang rosak akan menyebabkan masalah misfire yang serius.
Cara Memeriksa Dan Membaiki Spark Plug Yang Rosak
Mekenik Myvi akan mengambil spark plug keluar dari enjin. Kemudian mekanik akan mencuci spark plug dan membuangkan karbon yang terlekat. Kalau keadaan tidak teruk, mekanik akan cuba membaiki spark plug Myvi. Jika spark plug tidak sesuai dibaiki dan diguna semula, mekanik akan mencadang pemilik Myvi tukar spark plug yang baru dengan harga spark plug Myvi yang berpatutan.
Senarai Rujukan Tentang Harga Spark Plug Myvi
- Perodua Spark Plug Ori: RM45-65
- Spark Plug NGK: RM55-70
- Spark Plug Iridium: RM140-175