Ringkasan Tentang Harga Membaiki Brak Myvi
Harga membaiki brak Myvi berbeza apabila bahagian dan parts yang rosak berbeza. Oleh itu, pemilik boleh menghantar Myvi mereka ke bengkel untuk menguji keadaan sistem brak Myvi. Dengan ini, mekenik boleh memeriksa brak Myvi dan mencari masalah brak yang ada tekanan lembut. Selepas itu, bengkel akan memberitahu pemilik Myvi tentang cara dan harga membaiki brak Myvi. Pada masa yang sama, pemilik Myvi boleh memilih spare parts yang mereka sukai atau lebih memerlukan. Hal ini kerana spare parts untuk sistem brak Myvi ada banyak pilihan. Sebagai contohnya, pemilik Myvi boleh memilih spare part original, spare part OEM ataupun performance parts.
Sistem Brak Myvi
Myvi memerlukan sistem brak untuk beroperasi dengan selamat di atas jalan raya. Hal ini kerana sistem brak memainkan peranan penting untuk menghentikan Myvi. Oleh itu, pemandu tidak dapat menghentikan Myvi dengan senang apabila sistem brak Myvi bermasalah. Sebagai contohnya, pemandu Myvi tidak dapat menghentikan Myvi dalam jarak biasa apabila brak Myvi menjadi lembut. Disebabkan hal sedemikian, Myvi akan menjadi bahaya apabila tekanan brak menjadi lembut.
Sebab-sebab Brak Myvi Menjadi Lembut
Brake Pad Myvi Nipis
Apabila brake pad Myvi sudah digunakan dengan lama, brake pad akan menjadi nipis. Hal ini kerana brake pad akan bergesar dengan rotor untuk mengurangkan kelajuan Myvi. Disebabkan selalu bergesar dengan rotor, brake pad Myvi akan menjadi nipis.
Jika brake pad menjadi terlalu nipis, piston brak perlu lebih banyak tekanan untuk menolak brake pad ke permukaan rotor. Oleh itu, pemandu Myvi akan rasa tekanan brak menjadi lembut apabila pedal brak dipijak.
Udara Dalam Paip Hydraulic
Jika paip hydraulic mempunyai udara yang banyak, tekanan sistem brak Myvi akan menjadi lembut. Hal ini kerana ketumpatan udara lebih rendah daripada ketumpatan minyak brak. Disebabkan itu, udara tidak boleh dimampat dengan baik di dalam sistem pump. Dengan ini, tekanan brak akan selalu berubah dan menjadi lembut secara tiba-tiba.
Hydraulic Brak Myvi Ada Kebocoran
Masalah kebocoran di dalam sistem brak Myvi merupakan salah satu sebab tekanan pedal brak menjadi lembut. Apabila pemandu memijak pedal brak, pump brak akan memampat minyak brak untuk menolak piston disc brake dan drum brake. Jika sistem hydraulic ada kebocoran, minyak brak tidak boleh dimampat dengan baik dan tekanan akan mengurang dengan tiba-tiba. Disebabkan hal demikian, tekanan brak akan menjadi rendah dan pedal menjadi lembut dipijak.
Pump Brak Myvi Yang Sudah Rosak
Kerosakan di bahagian pump brak juga akan menyebabkan tekanan hydraulic brak menjadi rendah. Hal ini kerana pump brak tidak boleh berfungsi untuk memampat minyak brak.
ABS Tidak Berfungsi Dengan Baik
Takanan sistem brak yang selalu berubah secara pelik merupakan salah satu simbol ABS bermasalah. Apabila ABS tidah boleh berfungsi dalam keadaan baik, ABS akan menukar tekanan brak dengan cara yang tidak betul.
Senarai Harga Membaiki Brak Myvi
- Brake Pad Myvi: RM75 ke RM120
- Bleeding: Kerja Keluarkan Udara Dalam Pipe Hydralic : RM25 ke RM50
- Pump Brak: RM150 ke RM350
- Minyak Brak Myvi: RM15 – RM20
- Rotor Brak: RM200 ke RM300
** Kos berbeza kerana parts yang dipilih berbeza.