Harga Kompressor Myvi – Denso, Ori, OEM dan Recon

Maklumat Tentang Harga Kompressor Air-con Myvi

Harga kompressor air-con Myvi jenis OEM adalah bermula dari RM350. Selain itu, harga kompressor recon pula akan bermula dari RM150. Di samping itu, pemilik Perodua Myvi yang lebih menyukai spare part original boleh memilih kompressor air-con Myvi dari Perodua. Sebagai maklumat rujukan, harga kompressor Perodua Myvi dibekal oleh Perodua atau Denso adalah bermula dari RM750. Oleh itu, pemilik Myvi bolehlah memilih dan mengguna kompressor aircon kereta mengikut bujet dan kesukaan masing-masing.

Di samping itu, setengah pemilik Myvi menyukai kompressor original kerana lebih percaya keupayaan kompressor ori. Hal ini kerana setiap kompressor yang berbeza mempunyai efficiency atau kecekapaan yang berbeza. Secara ringkasnya, kompressor yang lebih cekap boleh membantu sistem aircon menyejuk udara dengan lebih cepat.

Pomen air-cond AC kereta Myvi di Setapak

Senarai Harga Kompressor Myvi

Sebagai maklumat rujukan, senarai harga kompressor air-con Perodua Myvi ada seperti bawah:

  • Recon: RM150 – 300
  • OEM: RM350 – 500
  • Original: RM750 – 950

Tentang kos pemasangan kompressor pula akan bermula dari RM70 ke RM150. Kadang-kala bengkel kereta akan mencampurkan kos pemasangan dan spare part di dalam harga kompressor. Manakala bengkel kereta juga akan mengasingkan kos pemasangan dan harga kompressor Myvi. Sebagai maklumat rujukan, kos pemansangan kompressor ada perbezaan besar adalah kerana bengkel kereta akan tambah servis seperti:

  • Tambah minyak dan refrigerant aircon Myvi
  • Tukar filter aircon
  • Servis memeriksa condenser, pulley, paip, Evaporator
Kos tukar condenser myvi near setapak and kuala lumpur

Peranan Dan Fungsi Kompressor Myvi

Kompressor aircon kereta memainkan peranan yang penting di dalam sistem aircon Perodua Myvi. Hal ini kerana sistem aircon kereta memerlukan kompressor untuk memampatkan refrigerant. Selepas refrigerant yang membawa haba keluar dari evaporator, kompressor akan mampatkan refrigerant.

Selepas proses mampatan, tekanan refrigerant akan ditingkatkan. Dengan ini, refrigerant yang bertekanan tinggi boleh membuangkan haba keluar dari condenser dengan lebih berkesan. Disebabkan itu, refrigerant akan menjadi lebih sejuk dan mengalir ke arah evaporator.

Apabila refrigerant yang sejuk masuk ke dalam evaportaor, blower boleh meniup udara melepasi evaporator. Dengan ini, udara akan menjadi sejuk. Semasa udara sejuk keluar dari blower, penumpang di dalam Perodua Myvi akan merasai angin yang sejuk. Pada masa yang sama, sistem aircon yang meniup angin sejuk boleh mengurangkan suhu di dalam Myvi.

Harga kompressor Air-cond Myvi

Simptom-simptom Apabila Compressor Myvi Bermasalah

Semasa air-con Myvi sudah tidak sejuk, salah satu sebab mungkin kerana kompressor sudah bermasalah. Apabila kompressor air-con Myvi sudah tidak berkeadaan baik, sistem air-con tidak boleh sentiasa menyejukkan udara. Hal ini kerana refrigerant tidak boleh dimampat dengan baik jika kompressor air-con tidak berfungsi dengan baik. Apabila kompressor air-con Myvi bermasalah, kompressor dan sistem air-con Perodua Myvi akan mempunyai simptom seperti:

  • Kompressor mempunyai kesan kebocoran minyak
  • Bahagian kompressor dan pulley keluar bunyi yang bising
  • Aircon tidak boleh meniup aingin sejuk
  • Sistem aircon sentiasa kekurangan refrigerant dan minyak

Jika sistem air-con Myvi mempunyai simptom seperti atas, pemilik Myvi boleh menghantar Myvi ke bengkel air-con kereta. Semasa Myvi berada di dalam bengkel, mekanik boleh memeriksa keadaan kompressor air-con.

Penyelesaian Apabila Compressor Air-cond Rosak

Kalau kompressor air-con Myvi memang bermasalah, bengkel air-con akan memberi cadangan untuk membaiki atau menukar kompressor. Pada masa yang sama, mekanik akan menyediakan sebut harga yang merangkumi harga kompressor Perodua Myvi. Di samping itu, bengkel air-con boleh menyediakan senarai pilihan dan harga kompressor Myvi. Dengan ini, pemilik Myvi akan pilih kompressor dari jenis OEM, original atau recon. Tambahan lagi, bengkel air-con kereta akan memberi bantuan jika pemilik Myvi tidak pasti kompressor yang sesuai.

Di samping itu, sesetengah masalah kompressor boleh dibaiki dengan menggunakan repair kit. Jika repair kit sesuai digunakan, bengkel air-con kereta akan cadangkan kepada pemilik Myvi. Sebagai maklumat rujukan, sesetengah masalah kompressor yang disebabkan oleh clutch boleh dibaiki dengan repair kit. Kadang-kala, bengkel air-con kereta yang mahir akan bandingkan harga kompressor Myvi dan kos repair kit. Kemudianya, bengkel air-con kereta akan memberitahu pemilik Myvi tentang perbezaan di antara pilihan. Dengan ini, pemilik Myvi boleh pilih cara penyelesaian mengikut kehendak mereka.

Leave A Comment