Harga Inspection Kereta Terpakai Yang Berpatutan ( RM200 ) – Memeriksa Sistem Enjin Dan Rangka

Maklumat Tentang Harga Inspection Kereta Terpakai / Second-hand

Sebagai maklumat rujukan, harga inspection kereta terpakai atau second-hand adalah bermula dari RM200. Biasanya, kerja inspection kereta second-hand akan dijalankan secara onsite. Maknanya, mekanik atau pakar inspection kereta akan memeriksa kereta di tempat seperti gedung atau kedai penjual kereta. Secara ringkasnya, harga inspection kereta terpakai atau second-hand akan merangkumi kos-kos seperti caj onsite dan caj buruh. Tambahan lagi, mekanik atau pakar inspection kereta akan menyediakan laporan berdasarkan keadaan kereta. Dengan ini, pembeli kereta boleh memahami keadaan sebenar kereta yang diminati dengan lebih teliti selepas diperiksa oleh mekanik yang berpengalaman.

Kenapa Memeriksa atau Inspect kereta Terpakai Sebelum Beli?

Pembeli kereta akan minta mekanik untuk memeriksa kereta terpakai sebelum beli kerana keadaan sebenar kereta susah diketahui. Oleh itu, pembeli kereta akan meminta pakar inspection kereta second-hand yang berpengalaman untuk memeriksa kereta dengan lebih teliti. Selepas itu, pembeli kereta boleh mendapat maklumat dan laporan yang lebih lanjut dengan berkomunikasi dengan pakar memeriksa kereta.

Tambahan lagi, pembeli kereta berharap proses inspection kereta second-hand boleh dijalankan kerana risau terbeli kereta yang bermasalah seperti:

  • Enjin bermasalah dan tidak boleh berfungsi dengan lanjar
  • Rangka kereta yang terlanggar dan susah diperbaiki
  • Masalah sensor kereta yang sentiasa menjejaskan kegunaan kereta
  • Kos-kos membaiki kereta yang sangat tinggi dan membazirkan masa

Disebabkan itu, inspection kereta terpakai akan diminta oleh pembeli kereta jika harga servis berpatutan dan dipersetujui oleh penjual kereta.

Cara Buat Inspection Enjin Kereta Terpakai

Salah satu  bahagian kereta terpakai yang penting ialah bahagian enjin. Oleh itu, bahagian enjin kereta terpakai akan diuji dan diperiksa dengan teliti apabila kerja inspection dijalankan. Sebagai maklumat rujukan, pakar atau mekanik kereta akan memeriksa enjin kereta dengan cara seperti:

  • Memeriksa samada enjin mempunyai masalah kebocoran minyak
  • Meneliti bunyi dan getaran enjin kereta semasa rev tinggi dan rendah
  • Membaca ECU
  • Memeriksa tekanan mampatan enjin ( Jika boleh dijalankan )
  • Meneliti gas ezos kereta

Selepas kerja-kerja seperti atas dijalankan, pakar enjin kereta boleh menyediakan laporan tentang keadaan enjin kereta. Pada masa yang sama, pakar inspection kereta juga boleh memberitahui pembeli samada kereta terpakai itu mempunyai harga atau nilai yang ditentukan oleh penjual kereta.

Sebab Utama Memeriksa Enjin Kereta Second-hand

Enjin kereta terpakai perlu diperiksa kerana enjin yang bermasalah mungkin akan menyebabkan pembeli kereta mengalami masalah seperti:

  • Membayar kos membaiki enjin kereta yang tinggi
  • Risiko kereta terhenti di tengah jalan ditingkatkan
  • Pemilik kereta terpaksa meluangkan banyak masa kerana kereta sentiasa perlu diperbaiki

Disebabkan hal demikian, pembeli kereta sentiasa berharap pakar enjin boleh inspect enjin sebelum kereta second-hand dibeli.

Kos Dan Harga Buat Inspection Enjin Kereta Terpakai

Biasanya, harga inspection enjin kereta second-hand akan merangkumi kos-kos memeriksa dan meneliti keadaan enjin. Hal ini kerana enjin adalah bahagian yang penting di dalam sistem mekanikal kereta. Tanpa enjin yang baik, kereta terpakai itu tidak akan bernilai dan tidak patut dibeli. Oleh itu, bengkel kereta akan merangkumi kerja-kerja memeriksa enjin kereta di dalam pakej inspection kereta terpakai.

Menghubungi Bengkel Yang Menyediakan Servis Inspection Kereta Second-hand

Pembali kereta boleh menghubungi bengkel untuk memahami servis memeriksa kereta second-hand dengan lebih teliti. Setelah dihubungi oleh pembeli kereta, pihak bengkel kereta akan berkesempatan untuk menerangkan perkidmatan memeriksa kereta dengan lanjut. Dengan ini, pembeli kereta boleh memahami pakej-pakej yang disediakan dan harga inspection kereta terpakai.

Tambahan lagi, pembeli kereta boleh sentiasa menghubungi pihak bengkel untuk memahami laporan yang disediakan. Dengan ini, pembeli kereta boleh merujuk laporan inspection dengan lebih bermanfaat untuk buat pilihan kereta.

Inspection Rangka Dan Badan Kereta Terpakai

Proses inspection rangka kereta terpakai bertujuan untuk mengelak daripada terbeli kereta yang pernah mengalami kemalangan yang serius. Jika kereta itu pernah rosak disebabkan oleh kemalangan, inspection kereta terpakai berkemungkinan tinggi akan terkesan tempat yang dibaikpulih. Hal ini kerana kerosakan rangka badan kereta akan menyebabkan bahagian tersebut perlu diketuk, putty, weld dan dicat. Oleh itu, bahagian itu mungkin akan tertinggal corak gosak, cat, ketukan, atau kimpalan jika diperiksa dengan teliti dan pantulan cahaya yang betul.

Sebagai maklumat rujukan, bahagian luaran kereta yang rosak biasanya akan dibaikpulih dengan sempurna dan nampak macam keadaan asal. Tetapi bahagian dalam badan kereta yang tidak boleh dikelihatan akan tertinggal kesan-kesan kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan. Oleh, pakar inspection kereta terpakai yang berpengalaman akan cuba memeriksa bahagain dalaman yang susah dibaikpulih. Disebabkan inspection rangka kereta adalah proses yang penting, harga dan pakej inspection kereta terpakai akan merangkumi servis memeriksa keadaan rangka kereta.

Sebab-sebab Memilih Kereta Terpakai Yang Mempunyai Cat Asal

Kebanyakan pembeli kereta terpakai lebih menyukai pilihan kereta yang masih mempunyai cat asal. Hal ini kerana kereta yang masih ada lapisan cat asal yang berkeadaan baik biasanya merupakan kereta yang tidak pernah mengalami kemalangan. Kalau kereta itu perlu dilanggar atau dirosakkan, badan kereta perlu diketuk, putty dan dicat dengan lapisan cat yang baru. Oleh itu, pakej dan harga inspection kereta terpakai akan termasuk perkidmatan atau proses memeriksa lapisan cat kereta. Dengan ini, pembeli kereta second-hand boleh mengetahui keadaan lapisan cat kereta dengan cara yang lebih efektif.

Kenapa Memeriksa Bolt dan Nut Di Rangka Kereta?

Semasa memeriksa badan dan rangka kereta, pakar inspection kereta second-hand akan meneliti keadaan bolt dan nut. Sebagai contoh, pakar memeriksa badan kereta terpakai akan memeriksa bolt dan nut di bahagian fender kereta. Hal ini kerana bolt dan nut itu akan ditukar, dicat atau tercalar jika fender kereta pernah dibuka. Biasanya fender kereta tidak akan dibuka selain fender itu perlu ditukar atau dibaikpulih kerana kemalangan.

inspect kimpalan dan rangka kereta terpakai
memeriksa bolt dan nut kereta second-hand

Meneliti Corak Welding ( Kimpalan )

Pakej dan harga inspection kereta terpakai juga termasuk kos-kos dan servis meneliti corak welding di rangka kereta. Hal ini kerana proses meneliti corak welding boleh mencari gejala tertentu jika kereta itu pernah dirosakan.

Sebagai maklumat rujukan, corak-corak welding di rangka kereta agak sekata. Tambahan lagi, corak welding susah dibaikpulih atau dibuat semula. Oleh itu, bahagian badan kereta yang pernah rosak atau lekuk akan hilang kebanyakan corak welding yang ori selepas dibaiki dan dicat semula. Disebabkan itu, perkidmatan meneliti corak welding akan dirangkumi dalam harga inspection kereta terpakai atau second-hand.

Selepas proses meneliti corak welding dijalankan, pakar inspection kereta akan komen di dalam laporan jika terjumpa bahagian-bahagian yang dicuriga.

Mencari Bahagian Yang Berkarat

Di samping itu, pakar memeriksa rangka dan badan kereta terpakai akan cuba mencari bahagian yang berkarat. Biasanya, bahagian badan kereta yang berkarat adalah bahagian dalaman atau bahagian terselindung. Hal ini kerana bahagian sebegini sukar dibaikpulih dan dicat semula. Oleh itu, badan dan rangka kereta yang pernah dirosakan atau lekuk berkemungkinan besar akan berkarat.

Selain itu, badan kereta akan berkarat dengan senang jika terendam dalam air disebabkan oleh banjir. Hal ini kerana bahagian dalaman badan kereta memerlukan masa yang lebih panjang untuk menjadi kering jika ada takungan air. Tambahab lagi, air banjir mungkin sangat kotor dan mengandungi bahan kimia yang sangat mengakis. Oleh itu, bahagian tertentu di rangka kereta akan berkarat selepas mengalami kejadian banjir.

Kenapa Elak Membeli Kereta Yang Berkarat

Jika terjumpa bahagian yang berkarat, kereta second-hand itu mungkin pernah mengalami kejadian-kejadian seperti:

  • Kemalangan dan kerosakan yang serius
  • Banjir

Oleh itu, pembeli kereta akan cuba untuk mengelakkan diri daripada terbeli kereta yang mempunyai banyak bahagian yang berkarat atau terhakis.

Harga Inspection kereta terpakai model Myvi
Kos Memeriksa Rangka Kereta Second Hand
Perkidmatan Inspection Kereta Second-Hand Onsite
Toyota Corolla Altis
Toyota Vios

Brak Pad & Absorber Terpilih 2022

Perodua Myvi, Axia, Viva, Alza, Proton Saga, Toyota Vios, Honda City, Civic

TRW brake pad
TRW brake pad
Bekal Prt Onsite Pmg
Dari RM42 Dari RM95
Brembo brake pad
Brembo brake pad
Bekal Prt Onsite Pmg
Dari RM62 Dari RM120
KYB RS Ultra Absorber
KYB RS Ultra Absorber
Bekal Prt Onsite Pmg
Dari RM120 Dari RM180