Harga Aircon Kompressor Alza Dan Kos Pemasangan – Bengkel Aircon Kereta Gombak

Maklumat Tentang Harga Aircon Kompressor Alza

Di bengkel aircon kereta, harga aircon kompressor Alza biasanya mula dari RM360 untuk jenis OEM. Pada masa yang sama, kebanyakan bengkel aircon kereta di Gombak akan merangkumi kos pemasangan di dalam harga aircon kompressor Alza. Oleh itu, pemilik Alza tidak perlu bayar kos tambahan untuk servis pemasangan aircon kompressor. Jikalau harga kompressor tidak termasuk kos pemasangan, biasanya kos pemasangan akan bermula dari RM50 ke RM120.

Perodua Alza – MPV Keluarga

Alza ialah MPV keluaran Perodua yang popular. Hal ini kerana harga MPV Perodua ini tidak terlampau tinggi. Oleh itu, pembeli yang perlukan MPV akan memilih Alza untuk menggurangkan beban memilik MPV.

Tambahan lagi, bahagian mekanikal Alza mempunyai banyak persamaan dengan Myvi. Secara ringkas, Alza juga merupakan kereta yang tahan lasak seperti Myvi. Disebabkan hal demikian, banyak keluarga di Malaysia telah memilih Alza sebagai MPV keluarga.

Fungi Aircon Kompressor Alza

Secara ringkasnya, aircon kompressor kereta memainkan peranan untuk memampatkan refrigerant. Hal ini kerana sistem aircon kereta perlu memampatkan refrigerant untuk mempercepatkan process menghilangkan haba. Apabila refrigerant dimampat oleh kompressor, gas refrigerant akan bertukar menjadi cecair. Kemudiannya, cecair refrigerant akan mengalir atau dipump masuk ke dalam condenser. Apabila refrigerant berada di dalam condenser, angin akan mengalir melepas condenser dan membawa haba keluar. Disebabkan hal sedemikian, refrigerant akan menjadi sejuk dan masuk blower untuk menyejukkan angin aircon di dalam Alza.

Bengkel Aircon Kereta Gombak

Sebenarnya, pemilik Alza boleh menghubungi untuk mendapat maklumat tambahan tentang kompressor Alza. Hal ini kerana setiap bengkel aircon kereta Gombak yang berbeza akan memberikan servis dan kos yang berbeza. Oleh itu, pemilik Alza boleh mendapat maklumat tentang pilihan dan harga aircon kompressor Alza dengan bengkel. Selepas itu, pemilik Alza barulah memilih kompressor yang diperlukan dan mengupah mekanik aircon kereta yang dipercayai.

Simptom Kompressor Kereta Bermasalah

Jika kompressor aircon Alza bermasalah, sistem aircon akan mempunyai simptom seperti bawah:

  • Angin aircon tidak sejuk
  • Kompressor akan mengeluarkan bunyi bising yang pelik
  • Aircon akan meniup angin yang berbau
  • Bahagian luar kompressor mungkin akan ada tanda kebocoran minyak

Apabila sistem aircon Alza tidak, pemilik Alza boleh menghantar Alza ke bengkel aircon kereta Gombak. Dengan ini, mekanik akan membantu memeriksa operasi dan bahagian mekanikal sistem aircon Alza. Jika kompressor aircon sentiasa menitik minyak ke bawah lantai, sila pergi bengkel aircon kereta dengan cepat. Hal ini kerana kompressor dan bahagian aircon yang lain akan mengalami kerosakan yang teruk jika kehabisan minyak.

Kenapa Kompressor Yang Rosak Perlu Diperbaiki Atau Ditukar?

Satu satu sebab aircon kompressor Alza yang rosak perlu diperbaiki atau ditukar kerana aircon tidak boleh menyejukan angin jika kompressor tidak berfungsi. Oleh itu, mekanik akan mencari masalah dan sebab-sebab kerosakan kompressor. Kemudiannya, mekanik akan memperbaiki kompressor dengan repair kit. Jika kompressor tidak berbaloi diperbaiki, bengkel aircon kereta akan cadang menukar dengan kompressor baru.

Leave A Comment