Enjin YRV Turbo Untuk Myvi Dari Half Cut Daihatshu YRV – Enjin K3-VET

Maklumat Tentang Enjin YRV Turbo Untuk Myvi

Enjin YRV Turbo merupakan pilihan popular untuk pemilik Myvi. Hal ini kerana enjin YRV turbo ini sesuai dipasang di dalam Myvi. Dengan ini, Myvi boleh mempunyai sistem turbo dan menjana kuasa yang lebih tinggi.

Salah satu sebab enjin YRV menjadi popular kerana Myvi dan YRV Daihatsu mempunyai platform yang lebih kurang sama. Oleh itu, enjin YRV boleh swap masuk ke dalam enjin bay Myvi dengan lebih senang. Selain itu, sistem ini diperbuat oleh Daihatsu. Disebabkan hal demikian, pemilik Myvi rasa ini lebih tahan lasak dan berpotensi tinggi. Tambahan lagi, enjin YRV turbo ini boleh didapati dengan senang di pasaran half-cut Malaysia dan Jepun.

Enjin K3-VET

YRV merupakan kereta Daihatsu. Manakala pula enjin K3-VET merupakan sebuah enjin yang mempunyai sistem turbo.  Oleh itu, sebuat enjin 1.3 K3-VET Turbo boleh menjana 140hp. Oleh itu, banyak pemilik Myvi akan memilih enjin YRV turbo K3-VET untuk Myvi mereka.

Biasanya, pemilik Myvi dan bengkel Myvi akan mencari half cut YRV ataupun enjin lantai K3-VET. Kemudiannya, mekanik dan pakar swap enjin akan mulakan projek swap turbo enjin untuk Myvi.

Kenapa pilih enjin K3-VET Untuk Upgrade Myvi?

Salah satu sebab pemilik Myvi menyukai enjin K3-VET kerana kelengkapan enjin turbo ini. Tambahan lagi, Myvi boleh mengguna enjin K3 turbo dengan senang.

Selain itu, kos untuk mendapat half cut YRV ataupun enjin lantai tidak tinggi sangat. Kalau bandingkan kos projek swap enjin K3 turbo dengan turbo kit Myvi, kos guna enjin K3-VET adalah lebih rendah. Biasanya projek swap enjin YRV berada dalam lingkungan RM5500 ke RM8500.

Kos Memasang Atau Swap enjin YRV Turbo Ke Dalam Myvi

Setiap projek swap enjin YRV ke dalam Myvi mempunyai kos yang berbeza. Biasanya, bengkel dan pakar swap enjin akan mengambil upah pemasangan yang lebih kurang RM1000 ke 2000. Salah satu sebab kos projek swap enjin YRV berbeza kerana kelengkapan half cut adalah berbeza. Kadang-kala keadaan half-cut YRV sangat baik dan mempunyai parts yang lengkap. Oleh itu, pakar swap enjin boleh menyiapkan kerja pemasangan dalam tempoh masa yang singkat. Dengan ini, kos pemasangan enjin YRV turbo akan menjadi lebih rendah.

Parts Tambahahan Untuk Menyempurnakan Enjin YRV Swap Myvi

Selain swap dan memasang enjin YRV turbo ke dalam Myvi, sesetengah pemilik Myvi akan menambah parts aftermarket. Hal ini kerana half cut YRV dan enjin K3-VET mungkin tidak berkeadaan baik. Oleh itu, pemilik Myvi akan terus minta bengkel swap enjin cadangkan cara menyempurnakan enjin K3-VET.

Sebagai maklumat rujukan yang ringkas, senarai aftermarket parts atau performance parts ada seperti bawah:

  • Gasket enjin
  • Gasket / Seal Turbo
  • Pelepas Tekanan Greddy / Jenama lain Yang Sesuai
  • ECU / Piggyback ( E-Manage merupakan pilihan yang popular )
  • Forged Piston
  • Intake Baru
  • Oil Cooling System Upgrade Kit
  • Intercooler Yang lebih besar

Pemilik Myvi boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan bengkel swap enjin Myvi.

Leave A Comment