Bengkel Kereta Masa PKP – Di Kuala Lumpur Dan Selangor

Maklumat Tentang Bengkel Kereta Masa PKP

Bengkel kereta akan beroperasi untuk menyelesaikan masalah urgent pada masa PKP. Hal ini kerana memandu kereta yang ada masalah serius adalah sangat bahaya di atas jalan raya. Oleh itu, bengkel kereta akan beroperasi untuk membantu pemilik kereta untuk membaiki kereta.

Tetapi pemilik kereta dan mekanik bengkel kereta perlu sentiasa mengamal satu jarak 1m ke atas pada masa PKP. Hal ini kerana semua orang perlu memainkan peranan penting untuk mengelakkan jangkitan penyakit virus. Oleh itu, sesetengah bengkel kereta akan menasihatkan pemilik kereta meletakkan kereta di dalam bengkel. Kemudiannya, pemilik kereta akan balik ke rumah atau tempat masing-masing. Pada masa yang sama, mekanik akan memeriksa keadaan kereta dan mencari sebab-sebab masalah kereta. Selepas itu, mekanik akan menghubungi pemilik kereta tentang cara-cara penyelesaian dan kos. Kalau pemilik setuju dengan cara penyelesaian, mekanik akan memulakan kerja membaiki kereta.

Pemilik kereta digalakan menghubungi bengkel kereta pada masa PKP sebelum pergi ke bengkel. Selepas itu, bengkel kereta boleh menolong pemilik kereta membuat satu temu janji. Dengan ini, pemilik kereta boleh mengelakkan masalah terjumpa orang ramai di bengkel. Selain itu, mekanik dan pemilik kereta boleh mengkomunikasi tanpa berada dalam jarak yang dekat.

Servis Bengkel Kereta

Di Kuala Lumpur dan Selangor, bengkel kereta akan terus memberi perkidmataan yang baik pada masa PKP. Dengan ini, pemilik kereta boleh menggaji mekanik untuk membaiki kereta yang mempunyai masalah mekanikal.

Secara ringkasnya, bengkel kereta akan memberi servis dan perkidmatan seperti di bawah:

  • Maintenance kereta
  • Servis dan membaiki aircon kereta yang tidak sejuk
  • Membaiki sistem brak dan suspension kereta
  • Tukar brak pad dan batteri kereta
  • Menyelesaikan masalah alternator dan starter engine
  • Overhaul enjin kereta

Dalam tempoh PKP, bengkel kereta akan memberi keutamaan dalam membaiki masalah kerata yang serius. Oleh itu, pemasangan alat aksesori untuk tujuan kecantikan adalah tidak digalakkkan. Sila menghubungi bengkel kereta untuk mendapat maklumat tentang servis yang dibenarkan semasa PKP.

Cara Mendapat Maklumat Bengkel Kereta Dalam Tempoh PKP

Pemilik kereta boleh mendapatkan cara menghubungi bengkel kereta melalui kawan dan internet. Hal ini kerana kebanyakan bengkel kereta telah memuat maklumat hubungan di website atau Google. Oleh itu, pemilik kereta boleh sentiasa menghubungi bengkel kereta apabila mengalami masalah teknikal. Tambahan lagi, pemilik kereta boleh membuat temu janji selepas berkomunikasi dengan bengkel.

Tukar Brak Pad Kereta

Brak pad memainkan peranan penting untuk menghentikan kereta atau mengurangkan kelajuan. Oleh itu, brak pad kereta perlu sentiasa berada dalam keadaan baik semasa kereta bergerak di atas jalan raya.

Selepas brak pad diguna untuk satu tempoh masa, brak pad akan menjadi nipis. Hal ini kerana brak pad sentiasa bergeser dengan rotor brak semasa sistem brak berfungsi. Oleh itu, brak pad akan menjadi semakin nipis selepas bergesesar dengan rotor.

Semasa brak pad menjadi nipis, sistem brak kereta menjadi tidak cekap. Hal ini adalah sangat bahaya kalau kereta kekurangan fungsi brak yang cekap. Disebabkan hal demikian, mekanik akan membantu pemilik kereta untuk tukar brak pad kereta.

Pasang Absorber Kereta

Sistem suspension kereta menggunakan absorber untuk mengurangkan lantunan dan getaran. Semasa spring suspension menolak tayar ke bawah atau dimampat, spring akan mengekalkan gerakan lantunan. Oleh itu, absorber akan memainkan peranan untuk menyerabkan tenaga lantunan dan getaran kereta.

Jika absorber kereta ada masalah teknikal seperti kebocoran, absorber tidak dapat berfungsi dengan baik. Disebabkan hal demikian, kereta akan menjadi tidak selesa sebab sentiasa bergetar dan goyang. Tambahan lagi, handling kereta akan menjadi tidak menentu dan susah dikawal. Oleh itu, pemilik kereta akan menghantar kereta ke bengkel kereta. Kemudiannya, mekanik akan menguji sistem suspension kereta. Selepas itu, mekanik akan membaiki absorber kereta atau tukar absorber untuk selesaikan masalah suspension.

Servis Aircon Kereta

Semasa aircon kereta tidak sejuk, sistem aircon mungkin berkeadaan tidak baik. Hal ini mungkin kerana sebab-sebab di bawah :

  • Kekurangan refrigerant atau minyak
  • Filter yang kotor.
  • Blower yang penuh dengan habuk

Oleh itu, bengkel kereta akan memberi perkidmataan servis aircon kereta untuk memulihkan keadaan aircon kereta.

Bekal Dan Pasang Alternator Kereta

Semasa enjin kereta berfungsi, alternator kereta akan dipusing oleh belt untuk menjana elektrik. Dengan ini, alat elektrik, elektronik dan enjin kereta akan berfungsi tanpa bergantung penuh dengan bateri. Tambahan lagi, alternator akan mengecaj batteri kereta. Disebabkan hal demikian, kereta akan henti berfungsi apabila alternator bermasalah dan bateri kehabisan elektrik. Oleh itu, pemilik kereta akan menghubungi bengkel untuk bekal dan pasang alternator kereta pada masa PKP.

Jika alternator tidak menjana elektrik, kebanyakan dashboard kereta akan menyalakan lampu masalah. Apabila pemilik atau pemandu nampak lampu masalah bateri, mereka perlu mencari bantuan mekanik. Dengan ini, mekanik kereta akan cuba menyelesaikan masalah kerosakan alternator sebelum bateri mati.

Servis Maintenance Kereta

Kalau minyak enjin sangat gelap atau enjin tidak lancar, kereta mungkin perlukan servis maintenance. Jika minyak enjin tidak berkeadaan baik, enjin kereta akan mengalami masalah mekanikal lain. Oleh itu, pemilik kereta akan menghantar kereta ke bengkel untuk menjalankan servis maintenance. Dengan ini, bengkel kereta akan membantu tukar minyak hitam. Pada masa yang sama, mekanik akan tambah coolant dan minyak brak. Selain itu, mekanik juga akan memeriksa kereta untuk mengelakan masalah teknikal lain. Jika terjumpa masalah mekanikal yang tersembunyi, mekanik akan memberitahu pemilik kereta tentang maklumat lanjut.

Tukar Bateri Kereta

Enjin kereta akan susah start apabila bateri kereta sudah lemah. Hal ini kerana starter kereta perlu arus yang tinggi dari bateri untuk memusing crank enjin. Oleh itu, enjin akan susah start jika bateri akan kekurangan elektrik.

Dengan ini, bengkel kereta akan memberi servis tukar bateri pada masa PKP. Dengan ini, pemilik kereta boleh memandu kereta untuk keperluan harian semasa tempoh PKP.

Leave A Comment